Bunyinya mungkin kedengaran agak mengejutkan, namun itulah yang berlaku di Kelantan apabila dua anggota polis ditahan selepas disyaki melakukan cabul dan memeras ugut pasangan kekasih yang ditemui ketika melakukan rondaan minggu lalu.

Menurut Berita Harian, kejadian itu dilaporkan berlaku pada sekitar jam 10.45 malam ketika kedua-duanya sedang melakukan rondaan di Pengkalan Chepa pada Jumaat lalu selepas terserempak dengan pasangan kekasih yang sedang berada dalam kereta ketika itu.

Selepas terserempak dengan pasangan kekasih berkenaan yang berusia sekitar 20-an, kedua-dua anggota polis itu kemudiannya dilaporkan ‘dipercayai melakukan seks oral, mencabul selain memaksa pasangan kekasih melakukan hubungan seks sambil aktiviti berkenaan dirakam’.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat seperti dipetik Berita Harian, wang berkenaan difahamkan diminta agar kes yang dilakukan pasangan kekasih itu tidak dirujuk ke pejabat agama.

“Selepas memperoleh wang berkenaan yang diambil di mesin juruwang automatik (ATM) berdekatan, anggota polis berkenaan juga didakwa menyuruh pasangan kekasih itu melakukan hubungan seks dalam kenderaan mangsa sambil aktiviti itu dirakam menggunakan telefon bimbit anggota polis.

“Mangsa wanita berkenaan turut mendakwa dia dipaksa melakukan seks oral selain dicabul oleh seorang anggota polis ketika kekasihnya mengambil wang di ATM,” katanya pada sidang media semalam.

Susulan daripada kejadian itu, pihak polis menurutnya telah mereman kedua-dua anggota polis yang berusia 31 dan 35 tahun itu selama seminggu untuk siasatan lanjut.

Kes berkenaan jelasnya akan disiasat mengikut Seksyen 377c, 354 dan 384 Kanun Keseksaan dan mengambil kira semua dakwaan serta siasatan menyeluruh akan dijalankan menurut laporan yang dibuat mangsa.

“Sekiranya benar anggota kita terbabit dalam kegiatan jenayah, kita akan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya lagi.

Baca juga perkongsian semasa lain daripada kami sebelum ini melalui pautan di bawah. 

Mempunyai Produk Keluaran Tidak Berdaftar, Syarikat Kosmetik Tersohor Ini Dihadapkan Ke Mahkamah

Orang Ramai Mengamuk, Pemandu Mabuk Berusia 18 Tahun Dipukul Selepas Rempuh Kereta

Tidak Peka Dan Beradab, Netizen Kecewa Geng Basikal ‘Selfish’ Guna Jalan Raya