Seorang pemandu Nissan Grand Livina tidak menyangka keretanya akan dicuri selepas cuba mengejar dua orang suspek kes langgar lari di sekitar kawasan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran susur masuk Plaza Tol Cheneh, Terengganu.

Dalam satu hantaran Facebook yang dikongsikan oleh kawan kepada adik mangsa, kejadian tersebut didakwa bermula apabila sebuah Myvi telah langgar lari seseorang sehingga patah kaki. Semasa melarikan diri, Myvi itu sekali lagi melanggar seorang warga emas sehingga maut dan kemudiannya melarikan untuk kali kedua.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pemandu Grand Livina itu cuba mengejar Myvi terbabit kerana mahu merekod bukti dan minta kedua-dua suspek bertanggungjawab ke atas kematian warga emas terbabit. Kereta suspek ditemui tersadai akibat rosak kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

@utusantvofficial

Reply to @sham_jb7 . Ni rakaman sebelum pemilik video disamun 2 lelaki terbabit. #TrendingNewsMalaysia #beritaditiktok #fyp

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

@utusantvofficial

Bantu polis cari 2 lelaki ini. #fyp #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Menurut Utusan Malaysia, semasa pemandu itu bersama ibunya meminta pertolongan daripada kenderaan lain di lebuh raya berkenaan, kedua-kedua suspek bertindak melarikan Nissan Grand Livina mereka.

“Pemuda itu kemudian membuat laporan di IPD Kemaman. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana samun,” kata Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan.

Kawan kepada adik pemandu Grand Livina itu telah mengemas kini hantaran Facebook bahawa kereta yang dibawa lari oleh suspek telah ditemui semula. Bagaimanapun kedua-dua suspek telah melarikan diri.

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Seorang pemandu BMW diburu netizen apabila telah melanggar tiga rider penghantar makanan dalam tempoh satu jam. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Warganet Buru Pemandu BMW Langgar Lari Tiga Penunggang Motosikal Dalam Tempoh Satu Jam

Netizen Puji Pemandu Ini Kejar Suspek Didakwa Sengaja Langgar Lari Sebuah Motosikal

Sumber