Jika anda belum pernah atau sudah lama tidak ke Lost World Of Tambun yang terletak di Ipoh, mungkin anda sudah boleh buat perancangan untuk ke sana selepas ini.

Taman tema Lost World Of Tambun yang berlatarkan pemandangan landskap alam semula jadi yang indah kini turut hadir dengan dua tarikan baharu untuk anda: Luminous Forest dan Glamping @ Lost World Of Tambun.

1. Lumious Forest @ Lost World Of Tambun

Eshno at Lights Of Aiyana
Eshno at Lights Of Aiyana.jpg

Lumious Forest pastinya akan memberikan pengalaman ‘masuk hutan’ dengan twist yang menarik di LWOT! Di Luminious Forest anda dapat melihat keindahan alam yang akan diserikan dan ‘dihidupkan’ oleh sinaran lampu neon di sekeliling taman ini.

Bridge of Luminosa yang terapung di atas tasik akan menyambut anda setibanya anda ke hutan ini dan anda akan dibawa menyusuri hutan magikal ini. Macam berada dalam filem Avatar pun ada bila masuk ke Luminous Forest ini.

Luminous Forest ini turut dibahagikan kepada beberapa bahagian antaranya Gardens Of Light, Wapi Springs, Mother Sophea, Thrones of Malayana, Shadow Fangs dan banyak lagi. Pendek kata, anda kena datang dan cuba sendiri menyusuri hutan ini. Memang lain daripada yang lain dan tiada di tempat lain!

Garden of Lights
Garden of Lights
Mother Sophea
Mother Sophea
Shadowfang (1)
Shadowfang
Throne of Malayana
Throne of Malayana
Toadstool Field
Toadstool Field
Wapi Springs
Wapi Springs

2. Glamping @ Lost World Of Tambun

LWOT – Glamping (7)

Mahu glamping di satu tempat yang indah sambil dikelilingi hutan tropika dan bukit batu kapur berusia 400 juta tahun? Anda boleh cuba di Lost World Of Tambun.

Anda tidak perlu meninggalkan keselesaan untuk merasai pengalaman glamping yang awesome di sini. Fasiliti di sini adalah lebih selesa dan mewah berbanding lokasi glamping yang lain. Malah, khemah anda juga nanti turut akan mempunyai soket untuk anda cas telefon pintar anda serta pelbagai kemudahan lain yang anda boleh dapat di bilik hotel.

Glamping di Lost World Of Tambun bakal memberikan anda satu pengalaman yang lebih hebat di mana anda boleh berehat di khemah mewah sambil menikmati keindahan hutan di sini. Owh, tidak terlupa sekiranya anda bermalam di sini, anda turut akan mendapat akses ke Lost World of Tambun dan Lost World Hot Springs & Night Park secara percuma.

Inilah masa terbaik untuk anda meluangkan masa bersama keluarga dan menikmati keindahan alam semula jadi. Bukan itu sahaja, anda juga dapat melihat secara lebih dekat haiwan di Petting Zoo di mana anda oleh beri makan serta menyentuh haiwan exotic yang terdapat di sini.

LWOT – Glamping (1)

LWOT – Glamping (2)

Itulah dua aktiviti menarik yang boleh anda cuba sekiranya anda ke Lost World Of Tambun. Disebabkan ianya berada di Ipoh, bukan sahaja anda boleh berhibur di sini, tetapi jalan-jalan di bandar Ipoh yang menawarkan makanan yang pastinya sedap-sedap belaka.

Segala informasi lanjut tentang Lost World of Tambun boleh didapati di sini. Sekiranya anda berminat untuk glamping di sini pula, anda boleh tekan di sini. Jangan lupa untuk selfie banyak-banyak bila anda glamping di sini!