Artikel ini adalah sebahagian daripada siri istimewa The Vocket dalam mempromosikan dan mendedahkan bisnes gaya korporat kepada usahawan usahawan. Baca lagi.


Ada dua teknik pengurusan dalam membangunkan syarikat :

  1. Gaya korporat
  2. Gaya towkay

Apa bezanya?

  1. Gaya korporat – Perkongsian kuasa membuat keputusan.
  2. Gaya towkay – Perkongsian menjalankan tugas dan kerja.

Apabila kita membuka bisnes dan mula mengambil pekerja untuk syarikat, secara automatik kita adalah pemimpin kepada pekerja kita. Syarikat yang mempunyai gaya towkay dan bos sukar berkembang menjadi syarikat korporat.

Sifat towkay cenderung kepada tidak memimpin. Dia hanya membahagi-bahagikan kerja dan hanya mengarah pekerja-pekerjanya melakukan kerja dalam syarikat. Dalam hal ini, para pekerja langsung tidak mendapat peluang untuk mentransformasi diri mereka. Begitu juga dengan si towkay yang tidak menjadi sumber inspirasi kepada pekerjanya.

Bagi gaya korporat pula seperti kebanyakan syarikat di UK, biasanya para pekerja tidak dapat mengagak siapa sebenarnya ketua syarikat jika tidak diberitahu. Ini kerana si ketua tidak mempunyai banyak kuasa membuat keputusan.

Kuasa itu diturunkan kepada pekerja untuk menguruskan syarikat. Gaya korporat membiarkan para pekerja yang mengembangkan duit. Pekerja syarikat diibaratkan seperti mesin duit dalam syarikat. Baru mereka kuat bekerja dan kekal lama.

Sebagai penutup kami sajikan video tentang sebuah startup yang aktivitinya menghasilkan video, Vidyard. Perlu tonton.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group