Nampaknya industri game semakin serius dalam membanteras gejala melibatkan penipuan serta ketidakadilan dalam bermain game.

Terbaru, Epic Games selaku pembangun game Fornite Battle Royale telah menyaman dua Youtuber popular iaitu GoldenModz dan Excentric diatas cubaan mempromosikan ‘aimbots’ di dalam video yang ditonton jutaan penonton.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

fornite-br-hero

https://www.youtube.com/watch?v=Zh0jiRppKFQ

Penawaran in-game hacks atau aimbots ini membolehkan para pemain Fornite mendapat kemenangan dengan lebih mudah sekaligus memberi kesan kepada pemain lain.

Untuk pengetahuan anda, ini bukanlah pertama kali ini Epic Games menyaman pemain Fortnite. Sebelum ini remaja berusia 14 tahun antara yang disaman kerana kesalahan yang sama.