Bagi yang telah pernah ke Dubai pastinya sedia maklum lapangan terbang ini tidak mengenakan sebarang cukai ketibaan (visa on arrival).

Malahan cukai lapangan terbang masih lagi sesuatu yang asing di rantau Asia Tengah (Middle East).

Tapi ini bakal berubah tidak lama lagi. Dubai baru saja mengumumkan cukai akan dikenakan di lapangan terbang mereka pada 1 Julai 2016.

Cukai ini akan dimasukkan ke dalam kos tiket kapal terbang berkuat-kuasa serta merta bagi penerbangan pada dan selepas 1 Julai.

Cukai yang dikenakan adalah AED35, bersamaan USD9.50 bagi setiap penumpang dan perlu dibayar oleh mereka yang terbang dari lapangan terbang ini dan juga penumpang transit.

Baca: Cerita Belakang Tabir 3 Pemuda Malaysia Panjat Bangunan 101 Tingkat Di Dubai

dubai-airport-2

Kebanyakan lapangan terbang menggalakkan transit dengan cara pengecualian cukai atau mengenakan cukai yang sangat rendah seperti mana yang sering diamalkan di UK, di mana transit dikecualikan cukai.

Disebabkan penguatkuasaan baru ini, penumpang yang menggunakan Emirates dan transit di Dubai perlu membayar jumlah cukai yang sama seperti mana mereka yang terbang keluar dari Dubai ke destinasi lain.

Namun begitu bagi penumpang yang menjadikan Dubai sebagai destinasi akhir dengan penerbangan terus dikecualikan daripada cukai ini.

Lapangan terbang Dubai merupakan lapangan terbang tersibuk di dunia dan dianggarkan menerima 86 juta penumpang ada tahun 2016.

Berdasarkan jumlah ini, pastinya perlaksanaan cukai ini akan memberikan satu lagi sumber pendapatan lumayan kepada UAE.

Menurut laporan, pendapatan daripada cukai ini akan digunakan semula bagi tujuan menyelia dan membangunkan lapangan terbang ini.

Bagaimana pula dengan Abu Dhabi dan Doha? Adakah kedua-dua lapangan terbang yang juga menjadi hub utama ke rantau Asia Tengah akan turut mengenakan cukai tidak lama lagi? Kita tunggu dan lihat.

Baca lagi: 8 Perkara Menarik Tentang Doha International Airport Buat Backpackers