Dubai menghapuskan cukai 30% ke atas penjualan alkohol bermula 1 Januari dan lesen minuman keras untuk perniagaan kini boleh diperoleh secara percuma dalam misi mereka untuk meningkatkan pendapatan dalam sektor pelancongan.

Pengumuman mengejut ini dibuat oleh dua peruncit alkohol yang mempunyai kaitan dengan kerajaan Dubai. Bagaimanapun, pegawai kerajaan mengelak untuk mengeluarkan apa-apa kenyataan  dan tidak menjawab soalan daripada The Associated Press.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebelum ini Dubai telah melonggarkan peraturan mengenai minuman keras, di mana ia boleh dijual pada waktu siang pada bulan Ramadan dan mula menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah semasa wabak COVID-19 melanda negara tersebut.

Penjualan alkohon sudah lama menjadi isu utama kepada ekonomi Dubai, destinasi pelancongan utama dan rumah kepada syarikat penerbangan Emirates. Semasa Piala Dunia di Qatar baru-baru ini, kebanyakan bar di Dubai berjaya menarik ramai peminat bola sepak berkunjung ke sana