Model Monster adalah antara model terlaris bagi jenama Ducati. Sejak ianya dilancarkan pada tahun 1993, sebanyak lebih 325,000 unit telah dihasilkan.

Sempena ulang tahun ke-25 model terkenal ini, Ducati menghasilkan model edisi khas untuk peminat setia model ini. Monster 1200 25h Anniversario ini diinspirasikan daripada model Monster S4RS Testastretta Tricolore 2008 di mana model ini diwarnakan mengikut tema warna bendera Itali di samping logo 25 tahun di bahagian tempat duduk.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ducati Specs

Hanya 500 unit akan dihasilkan dan setiap model akan terpampang nombor sirinya di bahagian sisi motorsikal. Ianya sudah boleh ditempah di laman Ducati pada harga USD19,995 (RM80,000+-).