Setelah memperkenalkan model Ducati Hypermotard 939 pada tiga tahun lalu, kini pengeluar dari Itali telah tampil dengan pembaharuan terbaru dengan mengeluarkan model baharu yang mempunyai posisi menunggang lebih baik iaitu Hypermotard 950.

Model Ducati Hypermotard pada kali ini juga tampak lebih agresif, ringan dan dilengkapi dengan teknologi termaju pada era masa kini. Ducati Hypermotard 950 ini juga memiliki hendal yang lebih terbuka dengan sisi profil yang lebih tajam dan tempat duduk penumpang yang lebih rata sekaligus dapat meningkatkan keselesaan pengguna. Enjin yang digunakan pada model baru ini masih dikekalkan dengan enjin Ducati Testastretta.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ducati Hypermotard 950 mula dilancarkan di Singapura sempena acara Singapore Motorshow dan ianya dijual pada harga RM119 400 dan RM40 000 lebih mahal berbanding model Hypermotard 939 sebelum ini. Buat para peminat Ducati, pastinya harga bukan alasan untuk memiliki superbike mewah ini.

ducati-hypermotard-950-sg-03

ducati-hypermotard-950-sg-06

ducati-hypermotard-950-sg-07

ducati-hypermotard-950-sg-08

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

 

Sumber