Peminat kenderaan dua roda pasti akan gembira melihat produk terbaru dari Ducati ini. Syarikat yang berpengkalan di Itali ini telah mengeluarkan sebuah basikal elektrik boleh lipat yang diperbuat daripada magnesium.

MG-20 dibangunkan untuk rangkaian Ducati Urban e-Mobility di bawah lesen oleh MT Distribution. Basikal ini sangat ringan dan mempunyai reka bentuk menarik serta sporty yang sesuai digunakan oleh pelbagai lapisan umur.

vocket-ducati-basikal-boleh-lipat-1

vocket-ducati-basikal-boleh-lipat-2

vocket-ducati-basikal-boleh-lipat-4

Rangka, fork dan rim pada basikal menggunakan bahan yang ringan dan juga padat yang membolehkan pengguna menunggangnya dengan lasak tanpa menjejaskan keadaan basikal ini.

Saiz roda yang kecil (20″ x 2.125″) dan kebolehan untuk dilipat menjadikan basikal elektrik MG-20 ini sesuai digunakan di kawasan bandar. Oleh kerana saiznya yang ideal, basikal ini boleh dibawa ke mana-mana dengan menaiki pengangkutan awam mahupun kenderaan persendirian.

vocket-ducati-basikal-boleh-lipat-5

Basikal elektrik ini dikuasakan dengan bateri 36V 10.5Ah 378Wh SAMSUNG yang diletakkan pada bahagian rangka dan boleh dikeluarkan untuk pengecasan. Setiap sekali pengecasan penuh membolehkan pengguna menunggang basikal ini sejauh 50km, dan penunggang boleh memecut basikal ini pada kadar kelajuan maksima 25km/j.

MG-20 turut dilengkapi dengan paparan LCD kalis air yang berfungsi untuk menyalakan lampu hadapan dan untuk penunggang memilih tiga tahap bantuan kayuhan (12-18-25km/j).

Sekiranya ada peminat aktiviti berbasikal atau anda seorang yang meminati Ducati, inilah masanya untuk anda memiliki sebuah basikal elektrik berjenama Itali pada harga 1,599 Euro (RM7,877) sahaja. Bermula bulan Julai ini, MG-20 sudah boleh didapatkan melalui pengedar-pengedar rasmi atau layari kedai online Ducati di sini.

Netizen terkesima setelah melihat motosikal Panigale ‘copy ori’ yang dibuat oleh sebuah syarikat China pada harga yang berpatutan.

Jauh Lebih Murah, Motosikal ‘Copy Ori’ Panigale Buatan China Tarik Minat Netizen

Ducati Lancar Model Basikal MIG-RR Yang Dijual Dengan Harga RM29,049

Sumber