Pastinya mereka yang gemar menunggang basikal akan teruja dengan berita ini. Ducati kini tampil dengan basikal elektrik baharu e-mtb dan model yang digunakan adalah MIG-RR.

Menariknya, basikal ini direka oleh Thor Ebike dan ianya sangat sesuai untuk penunggangnya melakukan aktiviti lasak dan boleh dianggap sebagai basikal gunung konvensional yang dapat mendaki bukit dan meredah permukaan jalan off-road. Malah, kerangka basikal tersebut diperbuat daripada aluminium untum memastikan basikal ini ringan tetapi tahan lasak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Malah, basikal tersebut juga dilengkapi dengan bateri berkuasa 504-Wh yang diletakkan pada tiub diagonal dan hadir dengan Sistem Shimano Steps E8000 bagi kuasa tambahan. Berikutan itu, ia mampu memberikan kelajuan mencecah 25km/j.

Untuk pengetahuan anda, basikal ini dijual dengan harga €6,250 (~RM29,049) sahaja dan boleh diuji di 136 pengedar di Eropah. Jika berminat, anda boleh membuat tempahan secara atas talian di sini.

ducati:vckt5

ducati:vckt6

ducati:vckt7

ducati:vckt4

ducati:vckt3

ducati:vckt2

Sumber