Akhirnya Ducati telah mengumumkan model terbaru mereka iaitu Panigale V4 R di sebuah acara di 2018 EICMA di Milan Itali. Dikatakan model V4 R ini model adalah lebih berkuasa dan laju daripada Ducati Panigale V4 S.

Model V4 R ini dibina bagi melengkapkan pra-syarat penyertaan Ducati dalam perlumbaan WSBK. Model ini dikuasakan dengan enjin 998cc V-four di mana enjin ini mampu menghasilkan kuasa setinggi 221 kuasa kuda.

Model ini turut mendatangkan rekaan fairing baru yang menggabungkan elemen sayap winglet asal MotoGP. Selain itu, model ini turut dilengkapi dengan sistem gantungan Öhlins gred perlumbaan dengan pelarasan mekanikal dan swingarm aluminium dengan pin empat kedudukan laras.

Untuk harga pula, Ducati mengumumkan ia akan dijual dengan harga bermula €40,000 (RM190,000). Harga ini tidak termasuk cukai jalan dan insuran.

2019-ducati-panigale-v4-r-first-look-preview-7

2019-ducati-panigale-v4-r-first-look-preview-8

2019-ducati-panigale-v4-r-first-look-preview-20

Sumber