Setelah lama dinantikan para peminat Ducati, akhirnya Ducati menerusi atur cara Ducati World Premiere 2020 telah melancarkan Ducati Streetfighter V4 versi terbaru bagi keluaran 2020.

Menerusi keluaran pada kali ini, Ducati telah memperkenalkan dua model Ducati Streetfighter V4 dengan varian yang berbeza. Dua perbezaan utama yang dapat dilihat pada dua model ini adalah penyertaan suspension fully-adjustable manakala Ducati Streetfighter V4 S hadir dengan suspension electronic seperti mana yang digunakan pada Ducati Panigale V4.

Rekaan pada kali ini menampilkan kemasan yang lebih moden dan ‘garang’ khusus buat para peminatnya disamping mengekalkan konsep model ‘streetfighter’.

Dari segi spesifikasi, model ini hadir dengan 208 kuasa kuda dan 123 Nm tork menerusi enjin Stradale V-4 1,103 cc. Penyertaan ekzos titanium daripada jenama Akrapovic berjaya memberikan bunyi ngauman yang seksi buat model ini. Sistem brek Brembo antara yang dikenakan pada Streetfighter V4 bagi memberi cengkaman yang kuat disaat menunggang dengan pantas.

Ducati Streetfighter V4 bakal mula ditawarkan di pasaran antarabangsa pada Mac 2020 dengan harga €19,990 (RM93,094) and €22,990 (RM107,019). Harga yang lebih tinggi beserta cukai antara yang dijangkakan buat pasaran Malaysia.

Awal tahu lalu, Ducati telah melancarkan model Hypermotard 950 untuk pasaran Singapura. Selain itu, tahukah anda Ducati turut mengeluarkan basikal yang dijual dengan harga RM29,049. Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut.

Ducati Hypermotard 950 Mula Dilancarkan Di Singapura

Ducati Lancar Model Basikal MIG-RR Yang Dijual Dengan Harga RM29,049