dUCk Cosmetics tampil dengan koleksi makeup edisi terhad X-Men: Dark Phoenix. Koleksi ini merupakan kolaborasi antara dUCk Cosmetics dan 20th Century Fox bersempena filem X-Men: Dark Phoenix yang akan ditayangkan pada 6 Jun 2019 ini.

Ini pastinya berita baik buat anda peminat jenama dUCk Cosmetics untuk mendapatkan koleksi edisi terhad tersebut. Menariknya, koleksi tersebut hadir dengan dua set eyeshadow dan empat pilihan lipstick.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda, harga untuk set eyeshadow adalah RM99 dan harga untuk lipstick adalah RM50 sahaja. Akan tetapi, koleksi ini masih belum tersedia secara atas talian dan bila akan tersedia di pasaran masih belum diketahui. Kini, anda boleh tampil cantik seperti Jean Grey dalam X-Men.

BACA: Vivy Yusof Sah Dilantik Ahli Lembaga Pengarah UiTM