Dalam pengagihan zakat, banyak kriteria yang perlu dilihat untuk memastikan seseorang itu asnaf. Penelitian dan siasatan harus di ambil bagi memastikan pengagihan adalah kepada individu yang benar-benar layak yang termasuk dalam golongan asnaf.

Terbaharu, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah berkongsi di Facebook milik mereka yang pihaknya menerima aduan bahawa sebuah keluarga memerlukan bantuan zakat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi perkongsian terbabit, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerusi Skuad Jejak Asnaf telah menjalankan siasatan dan terkejut apabila keluarga yang dikatakan bergelut dengan masalah kewangan mampu duduk di kondominium mewah.

Baca: Perbezaan zakat dan sedekah yang sering jadi kekeliruan
Hasil siasatan mendapati, keluarga tersebut menghuni di kediaman itu dengan bayaran sewa secara bulanan dan bukanlah rumah pusaka ataupun menerima ehsan tinggal percuma daripada orang lain.

Oleh itu, MAIWP menasihatkan kepada mereka di luar sana yang terkesan atau berada dalam kesempitan hidup perlu bersedia untuk menurunkan gaya dan cara hidup dan bijak menyesuaikan di antara keperluan dan juga kehendak seiring dengan kemampuan semasa.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

Bangga Tayang Raih Puluhan ‘Salted Peanuts’ MAS, Perkongsian Azfar Heri Undang Pertikaian Netizen

Tampil Dengan Imej Tengkuk Bermasalah, Gelagat Dua Peminta Sedekah Ini Raih Perhatian Netizen

Perbezaan Zakat Dan Sedekah Yang Sering Menjadi Kekeliruan Masyarakat