Rakyat Malaysia sememangnya rakyat yang peramah dan mudah terhibur. Dengan adanya media sosial, kita dapat melihat lebih ramai lagi gelagat Rakyat Malaysia yang tidak pernah bosan untuk menghiburkan orang ramai. Bermula daripada pick up line sehinggalah kepada ajak bernyanyi, hampir kesemua cara telah dilakukan dengan cara yang tersendiri.

Kali ini, pengguna Twitter yang dikenali sebagai @amiraisy telah memuat naik sebuah video pendek yang memaparkan ‘cara’ beliau menghiburkan pelayan di Drive Thru McD. Nak tahu apa yang dibuat? Tonton video dibawah ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Situasi menjadi lebih epik apabila pekerja yang mengambil order turut ikut menyanyi. Melalui reaksi daripada para netizen di Twitter boleh dikatakan ramai yang suka serta memuji gaya pekerja McDonald’s ini yang tampak mesra, peramah dan sporting. Tindakan yang dilakukan @amiraisy ini juga sedikit sebanyak dapat memberi keceriaan dan menghilangkan bosan buat para pekerja.

Melihat kepada kadar penularan video ini, mungkin kita akan dapat lihat lebih banyak lagi video yang sekaan sama seperti ini selepas ini. Dalam pada itu, pastikan tiada kereta yang menunggu atau menganggu para penunggu dan pekerja sekiranya terdapat sesiapa yang berniat untuk melakukan perkara yang sama. 

Sumber