Melalui perkongsian seorang warganet, telefon jenama YES yang tidak sampai sebulan diperoleh oleh anak buahnya terbakar secara tiba-tiba. Bercakap kepada The Vocket, dia yang tidak mahu dikenali berkata telah memperoleh telefon jenama YES tersebut melalui Jaringan Prihatin.

Bagi anda yang tidak tahu, Jaringan Prihatin adalah bantuan di bawah Belanjawan 2021. Bantuan perkhidmatan data internet dan pembelian peranti mudah alih ini diberikan kepada gologan B40 yang layak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Terbakar sudah. Nasib ada dekat rumah. Kalau tak, mahu terbakar rumah. Anak buah tengah onlineĀ PdPR menggunakanĀ hp YES. Tiba-tiba je (sahaja) terbakar. Baru je (sahaja) dapat tak sampai sebulan. Sedih rasanya. Kepada pihak #YES sila bertanggungjawab,” katanya seperti yang dimuat naik di laman Facebook.

2021-06-16 10.30.20

Bercakap mengenai insiden terbabit, dia akui trauma dan sehingga sekarang merasa terkejut dengan kejadian terbabit. Namun dia bersyukur kerana sewaktu kejadian, dia berada di rumah dan keadaan mampu dikawal.

Kejadian ini turut mendapat perhatian Syed Saddiq, di dalam ciapannya di Twitter. Beliau turut menyelar tindakan memberi telefon dengan kualiti rendah kepada para pelajar yang menghadapi PdPR.

“Bagi telefon kualiti rendah sebab buruk sangka dengan pelajar kononnya mahu elak mereka main game. Akhirnya, telefon rosak. Yang susah, pelajar. Belanjalah lebih sedikit untuk pendidikan mereka. Kerajaan ada wang. Guna untuk pelajar,” katanya di laman Twitter.

Tidak hanya Syed Saddiq, kebanyakan daripada warganet juga terkejut dengan kejadian terbabit. Sebahagian daripada mereka merasakan bahawa jenama YES tidak sesuai untuk para pelajar gunakan bagi menjalani aktiviti PdPR.

“Telefon jenama YES tidak sesuai untuk menjalankan aktivi PdPR, games ataupun untuk kegunaan online yang lain disebabkan ia direka untuk panggilan biasa dan message sahaja,” kata seorang warganet.

“Bagilah telefon yang tahan lasak bukan pakai 1-2 bulan dah koyak (rosak). Kesian pelajar-pelajar ini kalau tak dapat hadir ke kelas,” kata warganet yang lain.

Terdahulu, beberapa hari ini kecoh di media sosial apabila kerajaan Perak mengumumkan pengedaran 20,00 telefon pintar buat pelajar daripada keluarga B40.

Menerusi program Tuisyen Cikgu Saarani (TCS), telefon pintar jenama YES dengan spesifikasi yang rendah itu telah diedarkan kepada pelajar bagi menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Bagaimanapun, telefon dengan kualiti rendah atau lembab ini diberikan kepada para pelajar bagi mengelakkan mereka daripada bermain permainan dalam talian sehingga memberi kesan kepada prestasi peranti tersebut.

Mahu elak bermain ‘game’, kerajaan Perak edar telefon pintar berkualiti rendah buat para pelajar. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Mahu Elak Bermain ‘Game’, Kerajaan Perak Edar Telefon Pintar Berkualiti Rendah Buat Para Pelajar