Fuh! iPhone 7 dah keluarlah di Malaysia. Saya nak survey kejap berapa harga dia. Wah! Boleh tahan harganya, iaitu dalam lingkungan RM3,500. Gaji saya baru RM2,500 sebulan. Kalau saya simpan sebulan RM1,000, selepas 4 bulan baru dapat pakai smartphone itu.

Kalau saya simpan sebulan RM1,500, itu bermakna selepas 3 bulan baru dapat pakai. Tapi memang ikat perutlah saya dalam tempoh tersebut. Alang kepalang nak ikat perut, baik saya beli rumah dengan duit nak beli iPhone itu.

Sebulan simpan RM1,500, dalam masa 8 bulan saya sudah ada RM12,000. Proses beli rumah pun ambil masa juga nak dapat kunci,jadi saya akan ada banyak masa untuk kumpul modal dan bayar secara ansuran kos-kos berkaitan. Maknanya simpanan bulan pertama boleh digunakan untuk booking masuk loan.

Dengan kelayakan gaji saya ini, saya boleh beli rumah yang berharga sekitar RM150,000. Kalau macam itu saya perlu cari penjual yang sudi nak jual harga RM130,000. Gebang kejaplah kira-kira di atas kertas.

1. Rumah pertama:

i. Nilai pasaran – RM150,000
ii. Harga beli – RM130,000

Saya buat 100% loan, ada cashback di tangan RM20,000.

2. Rumah kedua:

Dalam masa yang sama saya beli rumah kedua sementara loan belum disburse:

i. Nilai pasaran – RM150,000
ii. Harga beli – RM130,000

Rumah kedua saya dapat buat 90% pinjaman, jadi dapatlah cashback RM5,000. Jumlah tunai yang bakal saya dapat:

i. Cashback rumah pertama – RM20,000
ii. Cashback rumah kedua – RM5,000
iii. Simpanan untuk 8 bulan – RM12,000
Jumlah terkumpul ialah RM37,000

Tolak kos guaman = RM37,000 – RM20,000
Baki di tangan = RM17,000

3. Pembiayaan ASB dan iPhone 7

Di tangan ada RM17,000, boleh buat ASB loan RM200,000 ini. Setahun bayaran dalam RM13,200.

Ada baki cash lagi di tangan RM3,800, boleh buat beli iPhone 7 yang saya nak tadi tu.

RM3800 – RM3500 = RM300 (ada baki lagi)

4. Kereta

Anggaran dlm tempoh 8 bulan baru dapat kunci untuk 2 buah rumah sebab rumah lingkungan harga ni rumah jenis medium cost.

Bayar bank rumah pertama = RM750
Bayar bank rumah kedua = RM675

Buat sewaan per kepala = RM180
Boleh sewakan 6 orang = RM180 x 6 = RM1080

Positif cashflow rumah pertama = RM330
Positif cashflow rumah kedua = RM405
Jumlah = RM735/bulan

Bolehlah duit itu digunakan kalau saya nak pakai kereta yang harga sekitar RM60,000, ikat 7 tahun. Bayaran bulanan penyewa bayarkan.

Pengajaran

Dari niat nak buat simpanan utk beli iPhone, tukar strategi dan tahan nafsu sedikit, dalam masa setahun kerana anda akan menikmati:

✅ Ada 2 buah rumah untuk disewakan
✅ Ada kereta percuma dimana penyewa bayarkan bulanan
✅ Ada ASB RM200,000 yang sudah dibayar setahun dan rolling dividen
✅ Dapat iPhone 7 dari hasil cashback

Disclaimer: Kiraan mungkin berbeza bergantung kepada interest bank. Jika gaji lebih atau kurang dari RM2,500, hanya tukarkan nombor sahaja, jangan jadi pembaris (lurus).