Siapa sahaja yang tidak teringin untuk memiliki sebuah rumah? Untuk mengumpul duit yang banyak bukanlah sesuatu yang mudah dan kita haruslah berusaha keras untuk mengumpulkan ia.

Bayangkan jika wang simpanan anda lesap, pasti anda akan berasa sedih dan itulah apa yang dirasai oleh seorang pengguna Facebook Masturah Abu Bakar apabila wangnya telah ditipu scammer.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi perkongsian beliau, seorang lelaki telah menyamar pemilik tanah dan rumah dimana lelaki tersebut ingin menjual rumahnya kepada beliau. Beliau bersetuju untuk membeli rumah tersebut kerana percayai lelaki tersebut yang merupakan kenalan keluarganya.

Untuk pengetahuan anda, beliau juga telah mengambil langkah berhati-hati dengan mencari maklumat mengenai lelaki tersebut tetapi tidak menjumpai apa-apa yang mencurigakan.

Malangnya, selepas membuat pemindahan wang berjumlah RM66 ribu, beliau menemui iklan rumah untuk dijual di tempat yang dikatakan tetapi alangkah terkejutnya kerana pemilik rumah itu bukanlah lelaki tersebut.

Justeru itu, beliau dan suaminya telah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut kerana lelaki tersebut tidak membayar semula wang yang telah ditipunya. Difahamkan lelaki tersebut ingin menyaman malu kerana kes tersebut telah tersebar di media sosial.

Perkongsian beliau telah mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang dialami olehnya. Malah, ada juga netizen yang mendakwa pernah ditipu oleh individu yang sama.

EJZHKg_UwAAzZXM

EJZHKg-UYAEFLsS

EJZHKg-UEAAoFKD

Diharap kes ini dapat diselesaikan tidak lama lagi dan semoga perkongsian ini dapat dijadikan iktibar untuk anda di luar sana. Anda juga dinasihatkan untuk berhati-hati kelak.

Terdapat pelbagai penipuan yang sering terjadi di Malaysia. Anda mungkin ingin ketahui taktik untuk tangani scammer. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Wanita Ini Dedah Taktik ‘Scammer’ Tipu Pembeli Menerusi Iklan Di Facebook

Lihat Cara ‘Cool’ Peguam Ini Tangani Scammer

Wanita Ini Dedah Taktik ‘Scammer’ Menyamar Doktor Untuk Tipu Mangsa Secara Atas Talian