Hari raya tahun ini mungkin tidak seindah dahulu selepas kita diperintahkan untuk kekal duduk di rumah di bawah Perintah Kawalan Pergerakan. Ini semua bertujuan untuk menjaga kita daripada dijangkiti atau mengjangkiti orang lain dengan wabak COVID-19.

Namun, itu bukan alasan untuk menghalang kreativiti anda untuk berkembang. Mungkin ini adalah masa yang sesuai untuk anda menunjukkan kemahiran ‘berfikir di luar rumah’.

Anda mungkin pernah termimpi-mimpi untuk menjadi seperti Christopher Nolan pengarah dengan karya sci-fi atau mungkin anda meminati orang tempatan iaitu Mamat Khalid. Jangan risau, kami ada solusi untuk anda.

Screenshot 2020-05-05 at 8.12.46 PM

Ayuh sertai satu pertandingan video pendek yang bertemakan hari raya dan nikmati pengalaman baharu anda menjadi seorang pengarah yang mengarah filem pendek anda sendiri.

Caranya mudah sahaja, tidak perlu keluar dan mencari tempat yang gah, hanya rakam di rumah sahaja. Tidak perlu peralatan canggih, cukup dengan apa yang anda ada. Tidak perlu pelakon yang ramai, guna diri anda sendiri atau sesiapa sahaja yang berada di rumah.

Muat naik video raya tersebut sebelum 18 Mei 2020 dengan hashtag #KeluarDariRumah dan anda berpeluang untuk memenangi duit raya yang lumayan. Jangan risau, anda tidak perlu mengambil cuti untuk merakam video pendek anda. Apa yang kami perlukan hanyalah kreativiti anda dan kemahiran berfikir luar dari kotak (atau rumah).

Anda pasti tertanya-tanya bagaimanakah cara-cara untuk menyertai pertandingan ini. Berikut adalah informasi yang anda perlu tahu:

    1. Ketik butang ‘like’ di halaman Facebook Matric Concepts Holdings
    2. Buat video berdurasi 1 minit yang bertemakan sambutan raya di rumah dan tamatkan video anda dengan Keluar, Dari Rumah.
    3. Muat naik video itu di Facebook serta Instagram anda (pastikan akaun Facebook dan Instagram anda ditetapkan kepada umum)
    4. Hantar ke http://keluardarirumah.sendayan.com.my/ dan akhir sekali  tunggu pakej kecil yang akan muncul di depan pintu anda!

Jadi, tunggu apa lagi? Raikan raya anda dengan kreativiti anda menyambut hari raya bersama keluarga. Untuk info lanjut mengenai cabaran kali ini, sila klik di sini. Ayuh!

Untuk ispirasi, anda boleh tonton video ini dahulu yang dihasilkan hanya di rumah tetapi hasilnya sangat hebat! Klik pada pautan di bawah.

Lelaki Ini Hasilkan Video ‘Stop Motion’ Hebat Guna Peralatan Di Rumah Sahaja

Inilah Individu Hebat Yang Mewakafkan Masjid Sri Sendayan Di Negeri Sembilan