Musim luruh yang telah bermula kini menjadi semakin rancak dengan kehadiran pelbagai pelancong dari dalam dan luar negara datang bercuti di Jepun. Malah, rakyat Malaysia juga berbondong-bondong datang ke Jepun terutama musim cuti sekolah nanti.

Persediaan membawa wang secukupnya (bajet untuk makan minum, tempat tinggal, pengangkutan, yuran masuk tempat-tempat menarik, duit kecemasan dan lain-lain lagi) amatlah perlu terutama ingin berjalan melancong di Jepun.

BeFunky-collage-15
HYPE
Sedap Dan Berkhasiat, Ini Cara Untuk Belanja ‘Si Meowy’ Anda Me-O Cat Lick Secara Percuma
Baca lagi →

Perkongsian ini sekadar pengalaman peribadi saya yang baru berada di sini selama setahun dan mungkin boleh digunakan bagi sesiapa sahaja yang perlukan Yen dalam kadar segera.

Sebelum boleh keluarkan duit di ATM di 7 Eleven, pastikan tuan/puan telah aktifkan fungsi pengeluaran antarabangsa dengan call bank-bank tuan/puan.

Saya sertakan cara-cara keluar duit Yen (mengikut nilai tukaran semasa) seperti berikut:

cara-keluarkan-duit-di-atm-jepun-1

1. Ini skrin pertama yang anda akan nampak di ATM dalam 7E ni. Tekan pada kotak ‘information’ untuk fungsi seterusnya.

cara-keluarkan-duit-di-atm-jepun-2

2. Kemudian tekan kotak yang atas sekali bagi fungsi ‘kad/duit’.

cara-keluarkan-duit-di-atm-jepun-3

3. Kemudian akan keluar skrin yang paparkan visa/plus dan pilihan bahasa. Tekan di kotak ‘English’.

cara-keluarkan-duit-di-atm-jepun-4

4. Kemudian isu bahasa tuan/puan dah selesai. Buat macam ATM di Malaysia saja. Pilih ‘Malay’. Kot rasa nak tengok tulisan portugis macam mana, pun boleh try tekan. Hehe.

cara-keluarkan-duit-di-atm-jepun-5

5. Makin mudah. Sama ada nak tengok baki atau nak keluarkan duit.

cara-keluarkan-duit-di-atm-jepun-6

6. Kalau pilih fungsi pengeluaran ini, tekan ‘sah’. Saya guna kad debit ATM Maybank, cas RM12 akan dikenakan bagi setiap transaksi.

cara-keluarkan-duit-di-atm-jepun-7

7. Pilih akaun apa yang tuan/puan pakai sama ada kredit, simpanan atau semakan.

cara-keluarkan-duit-di-atm-jepun-8

8. Seperti biasa kena masukkan 6 pin keselamatan.

cara-keluarkan-duit-di-atm-jepun-9

9. Pilih banyak mana yang nak keluarkan selagi ada duit la dalam bank di Malaysia.

cara-keluarkan-duit-di-atm-jepun-10

10. Dah ada jumlah, sahkan atau buang dan tentukan jumlah yang baru.

cara-keluarkan-duit-di-atm-jepun-11

11. Yeay. ATM ni akan bercakap sepanjang anda berada di mesin. Ayat ‘Terima Kasih. Di skrin tu akan ada suara halus perempuan Malaysia akan sebut. Haha. Misi anda seterusnya selesai dan dapat duit.

Baca lagi: 12 Tip Bagaimana Kami Travel Ke Jepun Dengan Bajet Hanya RM2000 Selama 6 Hari

Artikel di atas disumbangkan oleh Mohd Fairuz Azmi. Boleh ikuti beliau di sini.

Anda Mungkin Suka