Sebelum ini, penutupan taman tema MAPS di Perak menyaksikan keadaan di taman tema tersebut menjadi suram dan terbengkalai.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @eiffajamalulail telah berkongsi gambar keadaan terkini Bandar Agacia yang terletak di Kampar, Perak. Dahulu, bandar ini meriah dengan kedatangan pelancong disebabkan struktur bangunannya yang unik.

Akan tetapi, Bandar Agacia ini kini sepi tanpa kehadiran pengunjung dan banyak kedai sudah gulung tikar disebabkan tidak mampu untuk meraih keuntungan. Bukan itu sahaja, cat bangunan juga kelihatan luntur seperti tidak diselenggara.

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai orang dan rata-rata netizen menzahirkan rasa sayang destinasi cantik ini ‘mati’ seperti ini serta bimbang akan ditutup selamanya seperti taman tema MAPS.

https://twitter.com/berasbasmathi/status/1482896180296417280

Malah, para netizen turut rasa sedih melihat keadaan di sana dan ada juga netizen berkongsi keadaan tempat tersebut sebelum ini. Bukan itu sahaja, ada juga netizen mengatakan bahawa banyak faktor yang mempengaruhi ‘kegagalan’ tempat ini untuk terus maju.

Sementara itu, lihat keadaan taman tema MAPS yang telah ditutup pada pautan di bawah ini.

Terbengkalai Dan Suram, Keadaan Terkini MAPS Ipoh Selepas Ditutup Tahun Lalu Buat Netizen Sedih

Terbesar Di Malaysia, ‘Maze Park’ Di Perak Ini Bakal Jadi Tumpuan Terbaru Pelancong