Umum mengetahui taman tema  Movie Animation Park Studio (MAPS) di Perak telah ditutup secara rasmi pada Januari tahun 2020 dan sebelum ini, pernah juga tular video keadaan taman tema tersebut yang terbiar.

Menerusi Twitter @PerakPress, sekeping gambar menunjukkan kereta model ‘rare’ yang pernah menjadi kebanggaan di MAPS untuk pertunjukan dilihat turut dibiarkan terbiar sejak penutupan taman tema terbabit.

Baca Juga:

Untuk pengetahuan anda, ketika taman tema MAPS masih dibuka, stunt show menampilkan beberapa unit Nissan Skyline GT-R R34 dan Volkswagen Beetle yang memang menjadi tarikan utama di taman tema ini.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen turut berkongsi kenangan mereka menyaksikan persembahan kereta-kereta ini satu ketika dahulu.

Ada juga netizen yang baru tahu penutupan taman tema ini walaupun sudah 2 tahun tidak beroperasi. Malah, segelintir netizen berpendapat bahawa sayang dibiarkan kereta tersebut terbengkalai di situ.