Boleh dikatakan semua destinasi pelancong di seluruh dunia sesak dengan kehadiran pelancong. Kini, segalanya berubah selepas penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia.

Sunyi sepi tanpa pelancong, Pulau Koh Samui di Thailand ini kini bertukar seperti ‘ghost town’ dimana kedai-kedai banyak tutup. Untuk pengetahuan anda, ekonomi masyarakat setempat bergantung penuh kepada pelancong luar negara dan punca utama pendapatan mereka kini lumpuh.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pengguna Facebook Jan Daga telah berkongsi beberapa keping gambar keadaan Pulau Koh Samui ketika ini. Menurut Jan Daga, beliau telah ke Pulau Koh Samui selama 4 hari dan terkejut dengan keadaan sekitar pulau yang kelihatan menyeramkan tanpa pelancong.

Bayangkan destinasi tumpuan pelancong itu yang indah dan dipenuhi dengan lokasi-lokasi menarik ditinggalkan begitu sahaja. Diharap apabila keadaan sudah pulih, tempat ini akan ‘hidup’ semula dan tidak dibiarkan terbiar.

124632946_10157678323796398_850207074716464058_o

125504102_10157678323251398_7774147929600044141_o

EoCrquCVEAAB06M

Semestinya anda yang pernah melancong ke Koh Samui sebelum ini memiliki 1001 kenangan terindah di sini. Apa kata anda kongsikan kenangan anda ke Koh Samui.

Sementara itu, kami kongsikan lagi artikel berkaitan dengan pelancongan pada pautan di bawah.

Industri Pelancongan ‘Tenat’, 204 Syarikat Perhotelan Dan Resort Gulung Tikar?

Penat Kerja Dari Rumah, Ini 5 Hotel Di Kuala Lumpur Tawar Pakej ‘Work From Hotel’ Serendah RM19

Terdesak Mahu Tarik Pelancong, Hotel Di Bali Tawar Penginapan Dengan Harga RM48 Satu Malam