Penduduk kampung Wadung di mukim Jenu, daerah Tuban, Indonesia mengaku menyesal kerana menjual tanah mereka kepada Pertamina Rosneft untuk pembinaan kilang penapisan minyak di Tuban, lapor Detik.

Seorang penduduk bernama Musanam, mengaku menyesal kerana menjual tanahnya yang sebelum ini digunakan untuk bercucuk tanam. Kini, untuk terus hidup, dia terpaksa pula menjual binatang ternakan miliknya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Dulu saya ada enam ekor lembu, saya sudah menjual tiga ekor untuk kehidupan seharian dan sekarang hanya ada tiga ekor sahaja,” kata Musanam sambil menuntut agar Pertamina memenuhi janji mereka untuk memberinya pekerjaan.

Sementara itu, seorang lagi penduduk yang menyertai tunjuk perasaan itu ialah Mugi. Difahamkan dulu Mugi memiliki tanah pertanian seluas 2.4 hektar dan kemudian menjualnya kepada Pertamina. Dia menerima bayaran Rp 2.5 bilion dan telah digunakan untuk keperluan harian dan sebahagiannya disimpan. Namun sekarang, dia tidak mempunyai pekerjaan.

“Ya, saya menyesal, dahulu tanah saya ditanam dengan jagung dan cili. Setiap tuaian saya boleh menghasilkan Rp. 40 juta (RM11,000), tetapi kini saya tidak lagi menjual hasil tanaman, saya tidak mempunyai pendapatan,” kata Mugi.

Mugi berkata bahawa dia tidak berniat untuk menjual tanahnya. Bagaimanapun, syarikat yang bertanggungjawab telah merayu kepadanya untuk menjual tanah. Pihak syarikat juga sanggup datang sehingga ke kebunnya untuk merayu agar dijualkan tanah miliknya.

Janji manis daripada syarikat tersebut telah menyebabkan Musanam dan Mugi hilang punca pendapatan sehingga terpaksa menjual apa yang ada untuk terus hidup.

Apa yang perlu anda tahu jika ‘rumah anda’ dirobohkan oleh kerajaan? Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Apa Yang Perlu Anda Tahu Jika ‘Rumah Anda’ Dirobohkan Oleh Kerajaan ?

Berdegil Tidak Mahu Jual Tanah, Rumah Lelaki Ini Ibarat ‘Up’ Di Dunia Sebenar

Kampung Baru Mungkin Diambil Secara Paksa