“Hari ini dia dah terbalik dunia ini, saya buat laporan saya pula yang diancam hari ini”.

Itulah luahan pengasas rangkaian Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid berhubung pendedahan mengejutkan kewujudan kedai judi dan rokok seludup secara haram yang dibuatnya di Facebook Live sebelum ini.

Mohd Asri pada hujung minggu lalu membuat pendedahan mengenai kewujudan kegiatan judi dan penjualan rokok seludup di Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor.

asri
Tangkap layar video pendedahan yang dibuat Asri sebelum ini di Facebook Hot Burger

Dalam video luahan terbaru yang dimuat naik di akaun Facebook Malakat Tribune itu, Mohd Asri berkata dia kini berasa terancam selepas pendedahan yang dibuatnya.

Untuk rekod, pendedahan yang dibuatnya mula tular dan turut menarik perhatian pihak berkuasa seperti pihak polis dan juga Majlis Perbandaran Shah Alam dengan laporan polis juga telah dibuat terhadapnya oleh pihak polis.

Ramai panas punggung

“Tuan-tuan tahu tak kesan dia (pendedahan) apa yang berlaku, bukan di daerah Sungai Buloh sahaja, semua daerah (yang ada) kedai judi terjejas.

“USJ ke Puchong, Ulu Yam, Batang Kali, Selayang ke Gombak ke semua kedai judi terjejas.

Pendedahan mengejutkan yang dibuat beliau sebelum ini menurut Asri telah memberi kesan kepada pihak-pihak yang terlibat dan membuatkan mereka tidak senang duduk dengan pendedahan yang dibuatnya mengenai kegiatan haram tersebut.

“Semua pihak jadi panas punggung, masyarakat duduk kecam, tular lagi, jadi benda ni dikecam.

“Akhirnya saya jadi berbahaya. Jadi pelik benda ni, pelik,” luahnya dalam video berdurasi lebih 10 minit di Facebook itu.

Tidak sahaja menceritakan bagaimana pendedahan itu membuatkan dirinya terancam namun Mohd Asri dalam video tersebut juga menceritakan dengan panjang lebar situasi yang dihadapinya.

Anda boleh menonton perkongsian penuh daripada Mohd Asri di Facebook Malakat Tribune di bawah.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh semalam telah menjawab pendedahan oleh Asri Janggut berkenaan isu judi haram ini. Baca pada pautan di bawah.

KPD Sungai Buloh Jawab Pendedahan ‘Berani Mati’ Pemilik Hot Burger Malaysia