Menurut laporan CNN, Dunkin’ Donuts hanya akan dikenali sebagai Dunkin’ bermula awal tahun hadapan. Dunkin’ akan mengubah kesemua papan tanda, bungkusan makanan dan minuman serta nama di platform media sosial.

Perubahan ini dipercayai sebagai usaha untuk memperbaharui imej yang menjadikan minuman seperti teh dan kopi sebagai produk utama, tetapi masih mengekalkan donut dalam menu. Hal ini disebabkan oleh 60% hasil jualan Dunkin’ di Amerika disumbangkan oleh minuman sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pihak Dunkin’ telah membuat pengumuman secara rasmi di sosial media mengenai perubahan nama ini.