Sebelum ini ianya hanya sekadar rumours mengatakan tayangan ‘Avengers: Endgame’ akan melebihi 3 jam. Tetapi menerusi laman AMC Theaters, ianya sudah ‘disahkan’ runtime untuk Endgame melebihi 3 jam.

seperti yang ditulis di laman AMC Theaters, tayangan rasmi Avengers: Endgame adalah pada 3 jam 2 minit dan menjadikannya filem paling panjang oleh Marvel Studios.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Filem ini mendapat respon yang hebat daripada test audiences kami dan kami merasakan durasi Endgame adalah yang terbaik untuk menutup fasa terakhir Avengers ini,” kata pengarah Anthony dan Joe Russo dalam satu temubual bersama Collider.

22 filem MCU yang dihasilkan dalam masa 11 tahun sebelum ini akan dikenali sebagai ‘The Infinity Saga’. Apa yang berlaku dalam Avengers: Endgame akan menjadi turning point kepada masa depan MCU di masa akan datang. Avengers akan berada di pawagam 25 April ini.