Antara filem seram yang dinantikan tahun ini, ‘It: Chapter Two’ bakal lebih menghantui anda kerana menurut pengarah Andy Muschietti, filem kedua siri popular ini bakal mempunyai durasi lebih lama iaitu hampir 3 jam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Durasi tayangan It: Chapter Two adalah 2 jam 45 Minit. Ianya lebih 30 minit berbanding filem pertama It sebelum ini. Sebagai perbandingan lain, filem berdurasi paling lama tahun ini, Avengers: Endgame adalah pada 3 jam 2 minit. Jadi, bertahanlah anda dalam pawagam nanti.

Filem ‘It’ yang diadaptasikan daripada novel tulisan Stephen King telah mendapat pujian daripada tuan penulis sendiri dan ianya sesuatu yang baik untuk peminat setia siri ini.

It: Chapter Two akan mengisahkan sekumpulan pelajar yang kini sudah dewasa untuk kembali menentang ‘musuh’ sewaktu kecil mereka, Pennywise The Dancing Clown. Apa pula rancangan Pennywise untuk pelajar ini? Pennywise akan ditayangkan di pawagam 9 September 2019.