Semalam tular satu video di mana seorang lelaki bernama Wan Mahussin Wan Zain yang mahu menjual sebiji durian berharga RM500. Durian itu dikatakan masih segar kerana baru sahaja jatuh daripada pokok.

Kenapa sebiji durian mampu mencapai harga RM500? Adakah ia dari baka Musang King? Rupa-rupanya, durian itu dijual pada harga yang mahal kerana ia telah jatuh daripada pokok dan menghempap keretanya sehingga pecah cermin belakang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Di dalam video tersebut, Wan Mahussin menunjukkan bagaimana cermin belakang kereta miliknya yang pecah sehingga berlubang besar disebabkan durian yang jatuh daripada pokok.

Terbaharu, melalui perkongsian halaman Malaysia Most Viral, difahamkan bahawa durian berharga RM500 itu sudah dijual kepada Datuk Sri M. Saravanan Murugan, Menteri Sumber Manusia.

https://twitter.com/MALAYSIAVIRALL/status/1416810882076536833

Di dalam tangkap layar yang tular di media sosial, dipercayai bahawa Saravanan telah menghubungi Wan Mahussin bagi menawarkan diri untuk membeli durian yang berharga RM500 terbabit.

Namun hajat Saravanan untuk membeli durian tidak kesampaian kerana diberitahu oleh Wan Mahussin bahawa durian itu sudah di makan olehnya.

Bagaimanapun, Saravanan tetap meminta nombor akaun bank milik Wan Mahussin bagi menyalurkan sedikit wang untuk beliau membaiki cermin kereta belakang yang pecah dihempap durian tersebut.

Sejak video tersebut tular, cerita Wan Mahussin banyak dikongsi beberapa media dalam talian. Selain itu ia juga tular di laman sosial yang lain seperti Facebook, Instagram dan Twitter.

Kesan kepada video yang tular tersebut, Wan Mahussin dalam perkongsian terbaharunya menyatakan bahawa dia kini sudah ditawarkan untuk menjadi salah seorang duta kepada jenama Durian Mochi.

Akibat hidu bau durian, 12 orang di Jerman jatuh sakit. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Akibat Hidu Bau Durian, 12 Orang Di Jerman Jatuh Sakit

Pekebun Kecewa Dengan Kenyataan ‘Bangga’ JPNP Tebang 15,000 Pokok Durian Musang King

Polis Tahan 18 Pekebun Durian Musang King Cetus Provokasi Melampau Ketika Operasi