Umum tahu kini merupakan musim buah-buahan. Antara buah yang menjadi pilihan serta viral di Malaysia sudah pastinya buah durian Musang King yang mempunyai dengan isi yang enak. Tidak hanya menjadi pilihan buat Rakyat Malaysia, kini mereka yang berada di China juga berpeluang untuk mendapatkannya menerusi rangkaian kedai Alibaba di China iaitu FreshHema.

Penawaran durian Musang King di negara tersebut disahkan selepas individu yang mewakili kedutaan China membuat tempahan durian seberat 1.8kg yang hadir dalam keadaan frozen.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

67069813_2397201697012617_6919313217185382400_n

66881549_2397201893679264_1452807962438402048_n

Untuk pengetahuan anda, sebelum ini cuma produk durian yang diproses sahaja dihantar ke China. Pengenalan undang-undang terbaru di China baru-baru ini telah membolehkannya melihat kepada permintaan rakyatnya yang tinggi.

Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub mensasarkan penghantaran durian yang disejukkan ke China sebanyak 1,000 tan sebulan. Sebagai rekod, negara kita berjaya mengekspot durian ke China sebanyak 235.62 tan bernilai RM9.44 juta pada tahun lalu.