Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Raja segala buah iaitu durian merupakan kegemaran ramai orang terutamanya rakyat Malaysia dan juga mendapat permintaan tinggi di seluruh negara setiap kali musim durian.

Jika sebelum ini buah rambutan telah dipilih sebagai buah dari angkasa lepas dalam drama bersiri Netflix, kini buah durian pula dikatakan wujud di planet Marikh. Pasti anda ‘mind blown’ apabila ketahui durian wujud di Marikh, bukan?

Kecoh di Reddit apabila ada yang berkongsi gambar adegan dalam drama bersiri Amazon iaitu The Expanse dimana terdapat tanda ‘no durian’ dalam keretapi yang dinaiki oleh manusia dari Bumi ke Marikh.

Bagi anda yang ingin melihat babak tersebut, anda boleh lihat pada episod 1 musim keempat drama tersebut. Nampaknya buah durian bukan sahaja terkenal di Malaysia tetapi juga di Marikh sehinggakan tidak boleh makan durian dalam keretapi.

Adakah anda perasan tanda ‘no durian’ dalam drama tersebut? Malah, sebelum ini drama bersiri The Spy menggunakan duit syiling Malaysia dalam drama tersebut. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Drama Bersiri Netflix The Spy Gunakan Duit Syiling Lama Malaysia Curi Perhatian Netizen

Drama Bersiri Netflix ‘Another Life’ Pilih Rambutan Sebagai Buah Dari Angkasa Lepas

Anda Mungkin Suka