Menteri Sumber Manusia Malaysia menegaskan bahawa gaji pembantu rumah Indonesia yang bekerja di negara ini adalah pada kadar yang lama, iaitu RM1,200 sebulan.

Namun perkara itu ditolak oleh Indonesia yang mahu gaji pembantu rumah Indonesia dibayar pada harga RM1,500 seperti yang sudah dijanjikan di dalam memorandum persefahaman (MoU) bagi pengambilan dan perlindungan pekhidmat domestik Indonesia (PDI), lapor Harian Metro.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Memorandum yang sudah ditandatangani sejak 1 April 2022 di antara kerajaan Malaysia dan Indonesia itu menyatakan bahawa mana-mana majikan yang mahu mengambil pembantu rumah dari Indonesia hendaklah membayar gaji tidak kurang daripada RM1,500 dan mesti dibayar pada hari ketujuh bulan berikutnya.

Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono berkata bahawa Indonesia berada dalam situasi yang tiada masalah jika majikan di Malaysia tidak bersetuju dengan kadar baharu yang telah ditetapkan.

“Kalau majikan bersetuju silalah ambil PDI. Kalau tak bersetuju, buat Indonesia tidak ada masalah. Majikan yang mahu ambil PDI harus mematuhi kontrak pengambilan pekerja dan di situ (MoU) jelas ada dinyatakan tidak kurang RM1,500 dan dimasukkan terus ke akaun bank pekerja,” katanya.

Selain itu, Malaysia akan memantau syarat pendapatan isi rumah minimum RM7,000 untuk menggaji pembantu rumah seperti yang ditetapkan Indonesia kerana nilai yang diletakkan terlalu tinggi sehingga boleh menggalakkan pekerja Indonesia memasuki negara ini secara haram.

Untuk rekod, seramai 10,000 pembantu rumah Indonesia akan menjadi kumpulan pertama masuk ke negara ini selepas Hari Raya Aidilfitri.

Duta Besar Indonesia dakwa pembantu rumah warga Indo dilayan seperti ‘hamba’ di Malaysia. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Duta Indonesia Dakwa Pembantu Rumah Warga Indo Dilayan Seperti ‘Hamba’ Di Malaysia

Microsoft Label Rakyat Indonesia Sebagai Orang Paling Tidak Sopan Di Asia Tenggara, Ini Sebabnya

Media Jiran Dakwa Malaysia Antara Tiga Negara Yang Suka ‘Mencuri’ Hasil Laut Indonesia