Duta Besar Perancis ke Malaysia, Frederic Laplanche sejak semalam mula mencuri tumpuan di media sosial dengan video perpisahannya yang dimuat naik di Twitter.

Dalam video yang berdurasi 58 saat itu, Laplanche memberikan ucapan perpisahan selepas difahamkan akan meninggalkan jawatannya itu pada hujung bulan seperti yang dikongsikan di akaun Facebook Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada minggu lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Video tersebut mula tular selepas beliau turut menyertakan serangkap pantun dalam video perpisahan yang kini sudah pun dikongsikan lebih 2,000 kali di Twitter.

“Guru bahasa Malaysia saya mengajar pantun ini,” tulisnya dalam ciapan tersebut.

Walaupun hanya menyampaikan pantun tersebut dalam bahasa Melayu dan bukannya keseluruhan ucapan, namun pendekatan yang diambil beliau tetap menerima pujian daripada netizen.

Bukan sahaja memuji usaha yang dilakukannya untuk berpantun, malah netizen juga mengucapkan turut mengucapkan merci (terima kasih) dan tidak kurang juga ada yang turut membalas pantun beliau.

Walaupun tradisi berpantun tidak lagi popular seperti suatu ketika dahulu, namun ianya pasti menarik untuk dilihat jika ia kembali diamalkan dalam kalangan masyarakat kita.

Dengan berpantun, permintaan atau maklumat yang mahu disampaikan juga kedengaran lebih tersusun dan sopan berbanding jika diajukan terus.

Baca juga telatah kumpulan pemuda yang menggunakan pantun dalam permainan dalam talian Grand Theft Auto 5 di pautan di bawah.ย 

Lengkap Dengan Pantun Dan Seloka, Kumpulan Ini Anjur ‘Kenduri Kahwin’ Dalam Permainan GTA 5

7 Pick Up Line Yang Dijamin Membuat Pasangan Anda Cair Dan Sentiasa Merindui Anda

Sumber