Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono  telah mendakwa bahawa ramai rakyat negaranya yang datang ke Malaysia untuk bekerja sebagai pembantu rumah telah dilayan seperti ‘hamba moden’. Dia turut berkata bahawa warga Indonesia yang bekerja dalam bidang yang sama di negara lain seperti Singapura, Hong Kong dan Taiwan tidak mengalami penindasan seperti yang berlaku di Malaysia, lapor Free Malaysia Today.

Dia kemudiannya mendakwa bahawa terdapat banyak kes pembantu rumah Indonesia yang terpaksa bekerja selama bertahun-tahun tanpa gaji, tanpa rehat, mengalami penderaan fizikal dan sebahagiannya pula telah diambil dokumen peribadi. Hermono turut merujuk kes yang terjadi baru-baru ini apabila pembantu rumah tidak dibayar gaji kira-kira 10 tahun kerana majikannya memberi alasan bahawa dia telah diberi makanan dan tempat tinggal secara percuma.

“Itu adalah contoh perhambaan atau kerja paksa zaman moden,” katanya kepada Free Malaysia Today. “Kami mempunyai pembantu rumah di Singapura, Hong Kong dan Taiwan, tetapi kami tidak mempunyai masalah serius seperti di sini (di Malaysia). Jadi mengapa kita mempunyai masalah ini di sini?”

Hermono berkata bahawa kedutaan Indonesia tahun lalu telah membantu dalam 206 kes dengan 40 kes kini di mahkamah. Kedutaan itu juga berkata telah membantu 16 pembantu rumah tahun ini mendapatkan lebih daripada RM300,000 gaji yang belum dibayar.

Untuk rekod, Malaysia dan Indonesia kini dalam perbincangan untuk perjanjian baharu. Hermono membayangkan perjanjian baharu itu akan melindungi rakyat Indonesia yang bekerja sebagai pembantu rumah. Beliau turut merujuk kepada cadangan untuk mewujudkan satu sistem gaji dalam talian yang membolehkan kerajaan Indonesia melihat sama ada pekerja negara itu menerima gaji yang dijanjikan.

Pekerja warga asing di Klang kena kurung, majikan hanya bayar gaji RM10 sehari. Rujuk pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.

Pekerja Warga Asing Di Klang Kena Kurung, Majikan Hanya Bayar Gaji RM10 Sehari

Jenama Uniqlo Dan Zara Disyaki Terlibat Dalam Jenayah Buruh Paksa Umat Islam Uighur

Amerika Syarikat Rampas Semua Produk Top Glove, Jumpa ‘Bukti’ Wujud Amalan Buruh Paksa