Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kita sering mendengar masalah kecurian akan berlaku apabila seseorang itu mempunyai masalah kewangan atau berada dalam kesempitan hidup.

Tetapi bagaimana pula jika seseorang itu adalah orang ternama dan mempunyai jawatan yang tinggi dalam sesuatu organisasi, apakah alasan untuk beliau mencuri?

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

Itulah apa yang berlaku di Argentina apabila salah seorang daripada Duta Mexico ke Argentina telah ditangkap kerana mencuri sebuah buku di sebuah kedai pada Oktober lalu.

Kelakuan beliau yang dirakam oleh kamera telah mendapat perhatian dunia dengan Presiden Mexico, Andrés Manuel López Obrador merujuk kes ini sebagai ‘menyakitkan’ dan ‘menyedihkan.’

AP_Ricardo-Valero

Óscar Ricardo Valero – Fox News

Beliau yang dikenali sebagai Duta Besar Óscar Ricardo Valero, berumur 77 tahun walau bagaimanapun menyalahkan masalah kesihatan yang berpunca daripada kanser otak, lapor Fox News.

Setiausaha Hubungan Luar Mexico, Marcelo Ebrard menulis di Twitter bahawa Valero ‘sedang menjalani rawatan saraf.’

Dia juga menyifatkan Valero, seorang diplomat yang berjaya dan dianggap sebagai ‘orang yang hebat.’

Media di Mexico juga melaporkan bahawa Valero didakwa cuba mencuri T-shirt dari sebuah kedai lapangan terbang selepas beliau dipanggil pulang ke Mexico pada awal Disember.

Atas permintaan keluarga, kerajaan Mexico telah mengeluarkan kenyataan media dan dilampirkan surat doktor yang mengatakan Valero telah didiagnosis dengan tumor otak pada tahun 2012 yang mengakibatkan ‘perubahan tingkah laku.’

Kami pernah menulis tentang CEO Garuda yang dipecat pada awal bulan ini. Klik pautan di bawah untuk membaca.

CEO Garuda Indonesia Dipecat Kerana Seludup Basikal Dan Harley-Davidson

CEO McDonald’s Dipecat Selepas Jalin Hubungan ‘Intim’ Dengan Pekerja

Anda Mungkin Suka