Umum tahu Samsung dan Apple merupakan musuh ketat di dalam arena telefon pintar meskipun bekerjasama dalam menghasilkan komponen model telefon. Setiap tahun, jumlah penjualan dan keuntungan penjualan telefon pintar kedua-dua jenama ini sering kali menjadi perbandingan.

Namun lain ceritanya pada kali ini apabila individu bernama Ksenia Sobchak yang merupakan pembaca berita dan juga duta Samsung Rusia tersilap langkah dalam memaparkan telefon pintar yang digunanya iaitu Apple iPhone X.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
iPhone Gaffe Could Cost Putins Celeb Goddaughter 1M GBP
Detik yang membuatkan Ksenia Sobchak disaman kerana menggunakan iPhone X meskipun ditutup dengan kertas

Berikutan kecuaian yang dilakukan, Samsung telah memilih untuk menfailkan saman sebanyak £1.25 juta (RM6 juta) dan mungkin dilucutkan jawatan sebagai duta Samsung.

Melihat kepada kes yang berlaku, ramai netizen yang berpendapat ini karma buat Samsung yang terlalu kerap troll Apple melalui iklan yang dihasilkan. Diharap perkara ini tidak lagi berlaku khususnya buat para selebriti dalam dan luar negara yang dipilih sebagai duta sesuatu jenama.

Sumber