Mula menempa nama menerusi World Wrestling Federation (WWF) sebagai penggusti, nama The Rock semakin mendapat perhatian ramai melalui karisma yang ditampilkan serta gaya percakapannya yang berjaya membuatkan para penonton terpukau.

Kehadiran beliau dalam industri Hollywood, berjaya membuatkan beliau dikenali dengan lebih ramai melalui filem-filem box office yang dilakonkannya. Terbaru, pelakon Dwayne ‘The Rock’ Johnson telah berjaya dinobatkan sebagai pelakon dengan bayaran tertinggi 2019.

Film Title: Fast & Furious Presents: Hobbs & Shaw
Sumber: Variety

Kejayaan yang diperoleh ini secara tidak langsung membuatkan pelakon ini menerima bayaran yang lebih itnggi berbanding Robert Downey Jr., Chris Hemsworth dan Chris Evans. Lebih ironi, pendapatan yang direkodkan ini tidak merangkumi pendapatan menerusi filem Hoobs & Shaw malah The Rock cuma melakonkan sebuah filem 12 bulan sebelum tayangan filem terbaru beliau.

Difahamkan pendapatan tinggi yang diperoleh beliau diterima melalui royalti daripada filem Skyscraper, siri Ballers, beberapa rancangan lain serta Under Armour dimana beliau menjadi duta bagi rangkaian pakaian, kasut serta headphone.

the-rock-presidential-2020-getty-promo
Sumber: Maxim

Untuk pengetahuan, ini bukanlah kali pertama Dwayne Johnson berjaya memegang takhta sebagai pelakon dengan bayaran tertinggi. Sebelum ini beliau telah dinobatkan pada tahun 2016 manakala tahun lalu beliau hadir sebagai tempat kedua.

Tahniah diucapakan buat Dwayne ‘The Rock’ Johnson diatas hasil kerja keras beliau. Semoga lebih banyak aksi dan filem yang lebih epik daripada pelakon kesukaan ramai ini.

Sumber