Adakah bunyi bising seperti hon yang kuat, jeritan jiran sebelah rumah sering menggangu kehidupan anda? Jika ya, kami rasa anda patut miliki alat ini. Ini bukanlah alat penyumbat telinga yang biasa, ia adalah alat penyumbat telinga penuh berteknologi. Hahah.

Kebanyakan alat penyumbat telinga yang ada dipasaran hanya berfungsi untuk menghalang bunyi bising dari masuk ke gegendang telinga anda, namun berbeza dengan yang ini. Alat penyumbat telinga ini membolehkan anda mengawal bunyi bising dalam dunia sebenar samada mahu kedengaran kuat atau perlahan.

Penyumbat telingan yang digelar Knops ini diilhamkan oleh sebuah syarikat startup dari Belanda. Apa yang menariknya dengan set penyumbat telinga ini, ia membolehkan anda mengawal kelantangan bunyi di dalam dunia sebenar mengikut keselesaan telinga anda.

Contohnya seperti bunyi bising semasa di konsert atau parti muzik, tangisan bayi di dalam kapal terbang, dan lain-lain bunyi yang menjengkelkan telinga anda. Dengan Knops, anda boleh meyelasarakan kelantangan bunyi di persekitaran anda kepada 4 peringkat.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah menyumbat Knop ke dalam lubang telinga dan tinggal putarkan tombol khas untuk mengawal bunyi di sekitar. Bermula dari kuat sehingga paling senyap tanpa bunyi.

Mudahkan? tetapi sangat berguna. Knops tersedia dengan 2 pilihan warna yang menarik. Buat masa sekarang ia masih belum dijual di pasaran terbuka, tetapi jika anda berminat untuk memilikinya, anda membuat pra tempahan melalui laman web Kickstarter di sini.

Alat ini juga mungkin sangat praktikal digunakan ketika isteri anda berleter. Tahukan anda apa maksud berleter? Berleter atau meleter adalah perbuatan bercakap secara berterusan dengan tidak mempunyai tujuan. Kah!

https://www.youtube.com/watch?v=16Mk7KX9tJE