Mula memfokuskan kepada servis penghantaran barangan khusus buat peniaga e-commerce, EasyParcel baru-baru ini telah menerima suntikan dana pelaburan daripada anak syarikat AirAsia iaitu Teleport.

Berdasarkan laporan, dikatakan jumlah dana pelaburan yang diterima adalah RM43.8 juta dimana pelaburan yang diterima melalui siri-B ini bakal membantu EasyParcel untuk meluaskan lagi infrastruktur dan logistik syarikat ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Exabytes Venture founder & CEO Clarence Leong cropped
Sumber: digitalnewsasia

Selain itu, Teleport turut menggalakkan EasyParcel untuk berkolaborasi bersama beberapa lagi startup lain. Setakat ini logistik dan infrastruktur Teleport sudah tersedia di lebih 100 bandar serta 10,000 penerbangan AirAsia dengan kapasiti sebanyak 1 juta tanĀ  seminggu.