Siapa saja yang tidak kenal dengan pelakon dan pelawak Ebby Yus. Telatahnya di kaca TV tidak pernah menghampakan penonton-penonton yang sentiasa bergelak ketawa bila sahaja dia membuka mulut dalam setiap rancangan yang dibintanginya.

Namun di sebalik kepetahannya menyampaikan lawak-lawak untuk menghiburkan kita sekeluarga di rumah, siapa sangka Ebby sebenarnya pernah melalui kisah hitam dalam percintaannya sebelum ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam satu perkongsian yang disiarkan di channel YouTube Hashtag Media, Ebby yang ditemu ramah oleh rakan pelawak, Caca akhirnya mendedahkan kisah percintaan silamnya itu juga menjadi antara punca kenapa dia masih tidak berkahwin sehingga sekarang.

Capture
Hashtag Media YouTube Channel

“Bukan sebab tak handsome dan bukan sebab tak laku, dan bukan sebab kecewa jugak.

“Tetapi kadang-kadang percintaan ini juga ada kerenah birokrasi. Bukan kerja saja,percintaan pun ada,” katanya sambil ketawa.

Ketika mengulas lanjut mengenai ‘kerenah birokrasi percintaan’ tersebutlah Ebby mula mengimbau kembali kisah percintaan silamnya bersama seorang gadis dari Klang ketika dia mula-mula bertapak di Kuala Lumpur suatu ketika dahulu.

Walaupun kisah cinta mereka berjalan dengan lancar di awal pertemuan, namun ia tidak kekal lama selepas teman wanitanya itu membuat keputusan untuk kembali bersama kekasih lamanya yang dikenali sebelum Ebby.

“Sewaktu saya (mula-mula) beria-ia suka dengan dia, ada satu ayat dia kata dekat saya.

“Dia kata dia boleh terima saya, tetapi andai kata boyfriend dia datang balik dia terpaksa terima boyfriend dia,” kongsinya.

Ebby bagaimanapun ketika itu yakin bekas kekasih teman wanitanya itu tidak akan kembali sehinggalah suatu hari dia akhirnya berkunjung ke rumah teman wanitanya itu di Klang dan kekasihnya itu tiada di rumah.

Bermula daripada situ, Ebby kemudiannya diberitahu teman wanitanya ketika itu yang kekasih lamanya telah kembali dan membuat keputusan untuk meminangnya.

Kecewa dengan perkara tersebut, Ebby berkata dia mengambil keputusan untuk berjalan kaki dari bus stop di Klang sehinggalah sampai ke Kuala Lumpur kerana kecewa.

“Dekat nak subuh baru sampai, daripada Klang aku jalan kaki. Sebelum Herman Tino jalan kaki aku dah jalan dulu dah.

“Geram punya pasal tak terasa penat, sampai tercipta satu puisi ketika sampai ke Kuala Lumpur,” kongsinya.

Setibanya di Kuala Lumpur, Ebby memberitahu dia juga tidak pulang ke rumah selama tiga hari dan menghabiskan masa dengan berjalan di ibu kota sebelum rakan-rakan artis memujuknya untuk pulang ke rumah.

“Perasaan tu bukan frust, tapi geram. Tapi aku tak tahu geram pada siapa. Dekat diri aku ke, dekat dia atau pada boyfriend dia. Aku tak tahu siapa aku nak salahkan.

Beliau bagaimanapun menjelaskan kisah tersebut hanyalah salah satu punca kenapa dia masih tidak berumah tangga sehingga ke hari ini.

Bagi anda yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut sebab-sebab lain kenapa Ebby masih belum berkahwin apa kata anda tonton video penuh temu bual beliau bersama Caca di saluran YouTube Hashtag Media ini.

Tonton perkongsian dari Naim Daniel mengenai kisah di sebalik lagu Sumpah yang memenangi Anugerah Juara Lagu ke 34 baru-baru ini. Klik pautan di bawah untuk menonton.

Lihat Naim Daniel Secara Matang Bercerita Kisah Sebenar Di Sebalik Sumpah

Dato’ Siti Nurhaliza Dedahkan Maksud Di Sebalik Lagu 7 Nasihat Di Instagram

Netizen Luah Kekecewaan ‘Comeback’ Dato’ Siti Di AJL Terpalit Kesilapan Teknikal