Terkenal sebagai pendakwah serta kerap menyalurkan bantuan dalam dan luar negara, Ebit Lew pada hari ini dilaporkan telah dihadapkan ke mahkmah di Tenom atas dakwaan dipercayai membabitkan 11 pertuduhan termasuk berkaitan gangguan seksual.

Ebit Lew yang berusia 37 tahun telah tiba di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom sekitar kira-kira jam 9 pagi tadi dengan menaiki sebuah Toyota Vellfire serta ditemani sekumpulan individu lain.

Dimaklumkan, perkarangan Pejabat Daerah Tenom turut dikawal polis sejak awal pagi tadi. Selain itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan turut dijadualkan membuat sidang media berhubung kes itu selepas selesai proses pertuduhan terhadap Ebit.

Berdasarkan laporan daripada Harian Metro, Ebit Lew kini sedang berada di Sabah dalam menjalankan kerja-kerja amal.

Ebit Lew sebelum ini pernah menjadi bualan netizen dan selebriti berikutan kontroversi dan dakwaan yang berlaku sepanjang beliau berada di Gaza.

Ebit Lew Jawab 10 Dakwaan Yang Dibuat Caprice Dan Nadir Al-Nuri Secara ‘Live’

Ebit Lew Diminta Henti Beri Sumbangan Di Sabah, Diberitahu Boleh Dihukum Penjara 3 Tahun

Akui Terlalu Emosi, Caprice Minta Maaf Isu Melibatkan Ebit Lew

Sumber