Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Ustaz Ebit Lew, seorang pendakwah bebas dan ikon rakyat Malaysia difahamkan telah diminta untuk berhenti memberi sumbangan di pulau-pulau di Semporna, Sabah.

Dia turut diberitahu bahawa jika dia meneruskan misi bantuan, dia boleh dikenakan denda sebanyak RM100,000 atau penjara selama 3 tahun.

HYPE
Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan
Baca lagi →

“Saya minta maaf pada penduduk di Pulau-Pulau di Semporna yang saya Islamkan. Saya tidak dapat lagi meneruskan misi bantuan. Saya tangguhkan niat bina sekolah.

“Pagi ini saya dimaklumkan saya tidak dibenarkan untuk ke Pulau-pulau di Semporna Minta diberhentikan bantuan disekitar sini. Saya diberitahu antara hukuman boleh dikenakan didenda 100 ribu atau penjara 3 tahun,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini.

Tambah beliau lagi, dia terpaksa menangguhkan pembinan sekolah kecil atau pusat kegunaan masyarakat setempat seperti yang dirancang olehnya.

Dia juga difahamkan telah membeli barang-barang untuk membina sekolah terbabit dan turut meminta maaf kepada guru-guru yang sudah bersemangat untuk mengajar di sana.

Dia turut menyatakan bahawa dia tidak kecil hati dengan pihak yang meminta dia untuk berhenti memberi sumbangan, kerana baginya, perjuangan harus diteruskan.

“Saya akan terus ke Tawau dan tunggu flight di Tawau. Sempurna sumbangan sedikit tempat di Tawau yang saya janji. Terima kasih semua. Sehingga berjumpa lagi jika ditakdirkan Allah. Saya serahkan segala urusan kepada Allah. Cukuplah kepada Allah orang mukmin itu berserah,” katanya di akhir catatan di Facebook.

Terdahulu, Ebit Lew mendapat perhatian rakyat Malaysia apabila mengislamkan 157 orang dari suku Bajau Laut di Sabah. Menerusi perkongsian tersebut, beliau turut menjelaskan bahawa seluruh penduduk tersebut telah tampil secara sukarela untuk memeluk islam.

“Seramai 157 orang mengucap syahadah. Ya Allah menangis saya hari ini gembira. Satu kampung memeluk Islam petang ini. Semuanya dengan rela tanpa paksaan memeluk Islam.

“Dari suku Bajau Laut atau gipsi laut. Mereka tinggal di dalam bot atau pondok kecil atas laut, menangis saya gembira,” kongsi beliau.

Terdahulu, seramai 157 penduduk di Bajau Laut masuk Islam selepas mendengar perkongsian Ebit Lew. Klik pautan di bawah untuk membaca.

157 Penduduk Bajau Laut Masuk Islam Secara Sukarela Selepas Mendengar Perkongsian Ebit Lew

Berita Keprihatinan Ustaz Ebit Lew Tular Di Korea, Netizen Nyata Terkejut Dan Bangga

Bukan Setakat Manusia, Haiwan Di Zoo Negara Juga Dapat Bantuan Ustaz Ebit Liew