Sebut sahaja Ustaz Ebit Lew pastinya orang ramai cukup mengenalinya. Berjaya menjadi ikon serta tidak lekang daripada bersedekah membuatkan beliau dikenali ramai.

Seperti yang ramai sedia maklum, sekitar Jun lalu Ustaz Ebit Lew telah membuka cabang bisnes baharu dengan pembukaan pasar raya yang menawarkan barangan dengan harga yang murah. Pembukaan pasar raya ini telah diserbu oleh para pengunjung yang mahu menyokong perniagaan Ustaz Ebit Lew.

pexels-aldo-picaso-1138171
HYPE
Rambut Gugur Dan Tidak Sihat, Ini 5 Punca Wanita Berhijab Sering Berdepan Masalah Rambut
Baca lagi →

Terbaharu, dalam usaha untuk membantu golongan yang memerlukan, Ustaz Ebit Lew telah memperkenalkan FoodBank yang bakal tersedia di semua cawangan ElewsMart.

Doakan ya. FoodBank di semua cawangan Elewsmart ini menjadi asbab seramai mungkin orang dapat dibantu. Inilah antara…

Posted by Ebit Lew on Thursday, 10 September 2020

Kehadiran FoodBank ini membolehkan mereka yang memerlukan berpeluang mengambil barangan yang tersedia secara percuma. Selain itu, orang ramai juga turut berpeluang meletak barangan pada rak yang tersedia.

Menariknya, FoodBank yang diperkenalkan tidak hanya eksklusif untuk mereka yang beragama Islam sahaja sebaliknya ditawarkan buat orang ramai tanpa mengira agama dan bangsa.

Ustaz Ebit Lew menerusi perkongsian beliau turut menceritan kesusahan yang terpaksa beliau lalui suatu masa dahulu dimana beliau tidak berpeluang menikmati rezeki seperti orang lain.

e0765c90-103844049_3060956484022614_7674293337385894515_o

Usaha murni Ustaz Ebit Lew melalui pengenalan FoodBank nampaknya telah disambut baik oleh para netizen yang mendoakan semoga bisnes Ustaz Ebit Liew terus berkembang dan berjaya.

Pada minggu lalu, Ebit Lew ditimpa ujian apabila pasar raya baharu miliknya telah dipecah masuk.

Baru Beroperasi 2 Bulan, Ebit Lew Kecewa Dan Sedih Pasar Raya Miliknya Dipecah Masuk

Bukan Sekadar Harga Murah, Ebit Lew Kongsi Tujuan Buka Pasar Raya

Anda Mungkin Suka