Di mana ada kesusahan dan kesukaran yang berlaku, pasti di situ akan ada Ustaz Ebit Lew. Mungkin itulah ungkapan yang sesuai diberikan kepada pendakwah dan dermawan terkenal negara ini.

Jika sebelum ini beliau membantu segenap lapisan masyarakat dan juga haiwan-haiwan yang terkesan dengan pandemik ketika ini di Zoo Negara, beliau kali ini tampil pula membantu pekerja-pekerja penghantaran makanan yang tidak mempunyai kenderaan dan lesen memandu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sumbangan yang diberikan Ebit Lew kali ini juga sedikit berbeza dengan kebiasaannya apabila beliau menghadiahkan basikal lipat kepada mereka yang melakukan penghantaran makanan.

Best tadi sebelum solat Jumaat, saja beli lima basikal boleh lipat hadiahkan kepada lima orang adik Foodpanda. Mereka hantar makanan jalan kaki.

“[…] Mereka tiada lesen dan tiada motor atau basikal. Tak mampu beli lagi. Jadi hantar jalan kaki. Katanya mandi peluh hari-hari. Kerja sebab nak sara keluarga,” kongsi beliau di Facebook.

Sumbangan basikal lipat itu menurut Ebit bukan sahaja akan memudahkan mereka menghantar makanan tetapi juga akan memudahkan mereka membawa basikal berkenaan untuk dibawa menaiki LRT.

Hal ini kerana menurutnya terdapat dalam kalangan penghantar makanan yang menaiki LRT untuk datang ke kawasan mereka bertugas bersama aplikasi penghantaran makanan berkenaan.

Walaupun mereka hanya meraih pendapatan sekitar RM100 ke RM300 secara purata untuk seminggu, namun mereka ini jelasnya tetap bersusah-payah bekerja bagi menyara keluarga.

Ebit ketika menyampaikan sumbangan berkenaan juga sempat mendengar kisah-kisah yang terpaksa dilalui kumpulan berkenaan dengan kebanyakan terpaksa melalui kesusahan hidup.

“Ada seorang lagi kakak dia dapat bulan ini RM450. Suami tukang urut dapat RM400 juga.

“Seorang adik ini (pula) tinggal dengan ibu sahaja. Ibu bapa berpisah. Selepas SPM tiada kerja. Nak tolong mak,” kongsinya.

Walaupun terharu dan menitiskan air mata dengan kisah-kisah penghantar makanan ini, Ebit bagaimanapun menjelaskan gembira melihat semangat yang ditunjukkan dalam mereka mencari rezeki.

“Suka terkesan tengok anak muda rajin begini.

“Tahniah adik semua yang rajin tolong keluarga,” jelas beliau dalam perkongsian berkenaan.

Baca juga perkongsian kami mengenai bantuan lain yang pernah disalurkan Ustaz Ebit Lew sebelum ini pada pautan di bawah.

Bukan Setakat Manusia, Haiwan Di Zoo Negara Juga Dapat Bantuan Ustaz Ebit Liew

Simpati Dengan Masalah Penduduk Selangor, Ebit Liew Beli Air Dua Lori Untuk Diagihkan

Selepas ElewsMart, Ebit Lew Wujudkan ‘Food Bank’ Khas Untuk Membantu Golongan Yang Memerlukan

Sumber