Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Berbeza dengan pembukaan sesi persekolahan tahun-tahun sebelum ini, kelengkapan peranti atau gajet seperti laptop dan telefon bimbit menjadi antara barangan paling laris (dan diperlukan) para pelajar sekolah untuk tahun ini.

Menyedari ramai yang terkesan dengan pelaksanaan kaedah pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PDPR) dek kerana tidak mempunyai peranti untuk belajar, pendakwah Ustaz Ebit Lew pada semalam mengumumkan pemberian seratus unit tablet kepada mereka yang memerlukan.

141733797_3909606869069529_8821396466246699703_o

Tablet yang disediakan Ebit Lew untuk mereka yang memerlukan.

Terima 43,000 permohonan

Walaupun sudah menyediakan seratus unit tablet , namun Ustaz Ebit Lew melalui satu hantaran terbaru yang dibuat di akaun media sosialnya memaklumkan telah menerima lebih 40,000 mesej daripada orang ramai.

Ya, lebih tepat lagi 43,000 orang  telah memohon untuk mendapatkan tablet berkenaan dalam tempoh beberapa jam. Untuk rekod, pemberian tablet itu mula diumumkan beliau pada semalam atau kurang 24 jam yang lepas.

“Dalam separuh hari sahaja 43,000 mesej atau 43,000 orang perlu tablet untuk anak belajar.

“Ramai juga yang OKU, tiada pekerjaan, anak yatim piatu dan kerja gaji kecil. Semua bangsa ada dari semua negeri,” kongsinya di Facebook hari ini.

Situasi berkenaan menurut Ebit sudah cukup untuk membuatkan hatinya sayu dan berulang kali meminta maaf dalam hantaran berkenaan kerana tidak dapat membantu lebih ramai individu yang memerlukan peranti berkenaan.

Malah, beliau ketika ini juga memaklumkan bukan sahaja berusaha untuk memberikan peranti berkenaan kepada mereka yang memerlukan namun dalam masa sama sedang mengumpulkan lebih 8,000 kerusi roda di untuk kegunaan orang ramai di seluruh negara.

“Maafkan saya ya tidak dapat membantu ramai lagi. Maafkan saya,” coret Ebit dalam hantaran berkenaan.

Baca juga perkembangan semasa media sosial yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah.

Ditawarkan Secara Percuma, Penjual Di Shopee Ini Untung ‘Atas Angin’ Jual Buku Teks Digital KPM

Ibu Mencuri Kerana Terdesak, Ketua Polis Daerah PJ Turun Padang Hulur Bantuan

‘Satu Dalam Sejuta’- Ketabahan Edika Yusof Terus Setia Jaga Isteri Lumpuh Buat Netizen Terharu

Anda Mungkin Suka