Pendakwah terkenal, Ebit Lew sebelum ini mencetuskan kebimbangan di kalangan rakyat di negara kita selepas timbul dakwaan yang mengatakan bahawa dirinya ‘hilang’ ketika melaksanakan Misi Bantuan Kemanusian Gaza Palestin.

Bertambah bimbang apabila akaun media sosial milik pendakwah itu turut tidak dikemas kini secara aktif seperti dahulu. Walau bagaimanapun, Ebit Lew dilaporkan berada dalam keadaan baik dan beliau turut berharap orang ramai mendoakan urusan beliau di Palestin dipermudahkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selepas lebih sebulan terkandas di Kaherah, Mesir, akhirnya Ebit Lew serta pasukannya dilaporkan berjaya memasuki Gaza, Palestin untuk meneruskan misi kemanusian bagi menyalurkan bantuan kepada rakyat di negara itu.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Ebit Lew menerusi satu perkongsian di media sosial miliknya sebentar tadi. Beliau bersyukur kerana dibenarkan jejak kaki ke Gaza melalui pintu sempadan Rafah sambil diiringi Tentera Mesir dengan menaiki kereta berperisai sepanjang perjalanan.

“Menurut kedutaan Malaysia dan Unit perisikan Tentera Mesir, kami merupakan team pertama dalam dunia yang dibenarkan masuk ke Gaza selepas perang baru-baru ini.

“Ada lebih 30 badan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh dunia terkandas di Mesir dan perlu menunggu masa untuk dibenarkan memasuki Gaza,” tulis Ebit Lew.

Dalam pada itu, Ebit Lew juga turut meluahkan rasa sebak kerana ini merupakan kali pertama beliau menjejakkan kaki ke bumi Gaza. Perasaannya menggambarkan seolah-olah beliau pulang ke halaman sendiri.

“Sebak sayu terasa seperti balik kampung halaman sendiri. Mungkin dari kecil berdoa untuk Palestin. Kini dapat juga jejak kaki ke sini.

“Terharu, bila sampai di sini, kami disambut oleh Palestin Red Crescent, Kementerian Kesihatan Palestin dan Kementerian Luar Palestin.

“Sepanjang masuk sempadan Rafah cuma kedengaran semua ajak minum makan dan ke rumah mereka. Terasa seperti keluarga yang sangat dekat,” ujar beliau lagi.

Tidak dilupakan, Ebit Lew juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan Malaysia, kedutaan Malaysia di Mesir dan kerajaan Mesir serta menzahirkan junjungan kasih kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana telah membantu beliau menjayakan misi ini.

Ebit Lew juga memohon maaf kerana kurang berkongsi perkembangan beliau ketika menjalankan misi ini atas faktor keselamatan. Bersama-sama kita mendoakan semoga segala urusan Ebit Lew dan pasukannya dipermudahkan.

Ebit Lew sebelum ini didakwa hilang ketika melaksanakan misi bantuan di Gaza. Baca lebih pada pautan di bawah.

Didakwa ‘Hilang’ Ketika Misi Bantuan, Wisma Putra Sedang Kesan Ebit Liew

Bukan Setakat Manusia, Haiwan Di Zoo Negara Juga Dapat Bantuan Ustaz Ebit Liew

‘Tanah Ini Milik Kami’- Jawapan Influencer Israel Dalam Live Caprice Bikin Netizen Bengang