Kerajaan Ecuador  telah memerintah pihak berkuasa tempatan untuk menguburkan 150 mayat mangsa COVID-19 yang dibiarkan di tepi jalan di sekitar bandar Guayaquil. Situasi menjadi lebih parah apabila bandar tersebut dilaporkan sudah kehabisan keranda.

Ratusan mayat tersebut sempat dibiarkan di tepi jalan dan di dalam rumah penduduk selama berhari-hari disebabkan tempat penyimpanan mayat di hospital sudah melebihi kuantiti. Dilaporkan bahawa penduduk setempat tidak berani untuk melakukan pemakaman kerana perintah kawalan pergerakan yang ketat telah dilaksanakan di Ecuador, lapor CNN.

za4g0030au-lenovo-tab-m10-hd-10-1-inch-tablet
HYPE
Lenovo Tab M10 HD, Pilihan Berbaloi Memenuhi Keperluan Anda Dengan Harga RM725
Baca lagi →
200403111850-01-guayaquil-ecuador-coronavirus-0402-super-tease

CNN

Menurut kenyataan wakil bandar Guayaquil, krisis kekurangan keranda telah memaksa penduduk setempat menggunakan kotak kadbod untuk menyimpan mayat mangsa COVID-19.

Dalam pada itu, jurucakap kerajaan, Jorge Wated, turut memohon maaf di televisyen kerana pekerja mayat tidak berupaya melakukan tanggungjawab itu memandangkan perintah berkurung akibat pandemik itu.

“Kami mengakui kesilapan dan memohon maaf kepada mereka yang terpaksa menunggu orang yang disayangi untuk diambil dan dikebumikan,” kata Wated.

Pihak berkuasa turut melaporkan telah menerima sumbangan sebanyak 1,000 keranda yang dibuat daripada kotak kadbod hasil sumbangan dari syarikat tempatan. Mereka telah mengirimkan keranda tersebut untuk digunakan di dua tanah perkuburan yang berbeza

Santiago Olivares, ahli perniagaan dan pengusaha yang memilik rantaian rumah mayat turut mengakui bahawa syarikatnya tidak dapat memenuhi permintaan.

Ecuador-310320-Reuters

Free Malaysia Today

“Saya telah menjual 40 keranda yang saya ambil dari cawangan syarikat dan 40 yang lain dari ibu pejabat. Hujung minggu ini saya menempah 10 lagi keranda dan mereka telah kehabisan keranda,” kata Olivares seperti dipetik dari Borneo Post.

Olivares menambah bahawa perintah berkurung selama 15 jam di kota itu telah menyumbang kepada kekurangan bahan asas bagi membuat keranda.

Minggu lalu tular di media sosial apabila penduduk tempatan menyiarkan video yang menunjukkan mayat telah dibiarkan di tepi jalan di sekitar bandar Guayaquil. Bandar ini dilaporkan telah menjadi pusat kepada wabak COVID-19 di Ecuador .

Untuk bacaan lanjut mengenai situasi COVID-19 di beberapa negara lain, klik pautan di bawah.

Coronavirus Uji Kemanusiaan, Rakyat Indonesia Halang Jenazah COVID-19 Ditanam Kerana Takut Dijangkiti

Ini Kisah Di Sebalik Tarian Kematian Di Ghana Yang Kini Tular Sebagai ‘Meme’

Anda Mungkin Suka