Penyanyi lagu popular seperti Perfect, Shape of You, dan Castle on the Hill Ed Sheeran dilaporkan telah disaman sebanyak $100 juta (RM 400 juta) kerana meniru lagu ciptaan Marvin Gaye’s 1973 mega-hits ‘Let’s Get It On’.

Lagu itu yang dikatakan meniru itu ialah Thinking Out Loud yang merupakan lagu paling popular di seluruh dunia. Lagu ini telah mendapat tontonan di YouTube dengan jumlah tontonan sebanyak 2.3 billion.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut pihak peguam Marvin Gaye, Ed Sheeran telah meniru melodi, irama lagu, dan tempo Marvin Gaye. Walaubagaimanapun pihak Ed Sheeran belum memberikan apa-apa kenyataan tentang isu ini. Kami kongsikan kepada anda dua muzik video untuk dibandingkan oleh peminat di bawah ini.