Selepas melakar kemenangan dalam kategori ‘Song of The Year’ di iHeartRadio Music Award dengan lagu ‘Shape of You’, Ed Sheeran berbesar hati untuk mendendangkan lagu ‘Perfect’ di Hosier Lane, Melbourne, Australia secara percuma.

Para peminat yang sudah mengetahui kehadiran beliau di Australia sanggup menunggu beberapa jam sebelum beliau memulakan rakaman video ucapan terima kasih dan penerimaan anugerah tersebut. Beliau mula menyanyikan ‘Perfect’ di penghujung ucapannya sebagai tanda penghargaan pada peminatnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Penyanyi berusia 27 tahun itu juga telah memenangi kategori ‘Male Artist of the Year’, ‘Most Thumbed Up Video’ dan ‘Pop Album’.

Berikut kami sertakan klip video pengumuman dan penerimaan anugerah tersebut. Tahniah Ed Sheeran atas kejayaan-kejayaan yang dicapai.

https://www.youtube.com/watch?v=ajr722YMApQ